

FOR ORDER SILA LINK
http://www.facebook.com/pages/Kedai-Qaleesyacom/235567559831927
Ada org kata x elok wat persedian kelengkapan baby pada usia kandungan masih baru, terlalu beriya-iya takut jadi apa-apa kat kandungan??? Errrmmmmm… agak seram bunyinya kan?? Sejauh mana benar kepercayaan itu, namun apa yang penting hanya kepada Allah S.W.T sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga. InsyaAllah.
Bagi aku usia kandungan dah nak menjangkau 6 bulan so apa salahnya dah wat persediaan untuk kelengkapan baby baru kan…xdela beriya-iya sangat Cuma start beli barang sikit-sikit je, maklumla gaji bukan besar, ada duit lebih sikit belila apa yang penting dulu……..jom kite wat checklist>>>>>>>>
CHECKLIST UNTUK BABY
1.Baju lengan pendek
2.Baju lengan panjang
3.Seluar pendek
4.Seluar panjang
5.Stokin
6.Sarung tangan
7.Barut
8.Topi
9.Kain bedung
10.Napkin( lampin)
11.Napkin liner ( jika kita menggunakan kain napkin)
12.Lampin newborn pakai buang
13.Pelapik getah tilam bayi
14.Botol susu berserta berus pencuci botol
15.Set tilam bayi (bantal kepala/bantal peluk/tilam)
16.Tisu basah
17.Kelambu bayi
18.Tuala bayi
19.Besen mandian
20.Barangan mandian bayi (syampo/sabun/dll)
21.Barangan penjagaan bayi (minyak yuyie/bedak/losen/krim ruam/dll)
22.Selimut bayi
CHECKLIST UNTUK IBU
1.Set Bersalin (bengkung/jamu/pilis/param/tungku/bedak sejuk/rempah mandian/dll)
2.Stokin
3.Sabun Dettol untuk cuci luka
4.Tuala wanita
5.Pad payu dara
6.Pam susu
CHECKLIST LAIN-LAIN
1.Katil Bayi
2.Stroller
3.Car Seat
4.Kabinet baju baby
5.Buaian bayi
Senarai kat atas nie antara yang mungkin diperlukan tapi x semua senarai-senarai di atas aku beli, ada gak kakak bagi sebab anak dia pon dah besar so mana yang elok dan boleh digunakan lagi dia bagila…lehla kurang sikit berbelanja….so cmner persediakan korang plak???? Beli yang mana penting je, jangan ikutkan nafsu ye sebab memang x dinafikan barangan baby nie semuannya cantik-cantik dan rambang mata nak memilihnya…ikut kemampuan masing-masingla kan….ada juga tips yang mengatakan baju baby elokla beli yang size 3 hingga 6 bulan ke atas sebab baby kan cepat membesar takut beli yang size newborn dah x leh pakai lama..
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
01.01.2011 yang lepas adalah ulangtahun kelahiran bday hubby..ada wat sikit kejutan tuk dia pada malam 31.12.2010…just bagi kek je tp yang belanja makan my hubbyla…hehheeh...
Korang layanla pick kat bawah nie >>>>>>>
"
"
"
"
[3 Bulan]
[minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas. Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm. Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.]
Sebenarnya usia kandungan aku sekarang dah nak masuk 4 bulan pon, nie barula berkesempatan nak post kat blog scan ms 3 bulan tu hari....masa tu sudah nampak kepala, badan,tangan dan kakinya bergerak-gerak....so sweet kan??? mybe 5 @ 6 bulan kang baru scan lagi...ms tu lehla tgok jantinanya.....
Sejauhmana benar pantang larang ini. Namun apa yang penting di sini ialah sebagai bakal ibu dan ayah, manusia perlu senantiasa menjaga sikap dan tingkah laku, apatah lagi ketika hamil. Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh.
Perlu ke ada surat perjanjian sewa rumah ?.. janji mulut aje udah laa... Sebagaimana kerbau di pegang pada tali.. manusia berpeganglah pada janji... Perlu wujud rasa percaya antara owner ngan penyewa.. janji mulut?? Boleh percaya ke?? Tak kena batang hidung bolehla cakap kan. Janji mulut tu juga mungkin menyebabkan lebih banyak masalah dikemudian hari. Bagi aku sebagai owner sangat-sangat penting adanya surat perjanjian sewa rumah sebab pengalaman lama memberi penggajaran dan penting juga kepada penyewa.
kalau dari sudut kita sebagai tuan rumah plk.. kalau menyewakan rmh kita pada org2 kita kenal it's ok... tp tak kenal blh kita letakkan 90% kepercayaan pada penyewa? tanpa aggrement, butir2 peribadi spt no i/c, alamat asal penyewa? bukan sikit kes penyewa lesap mcm tu jer, sewa tak bayar, rumah rosak, barang2 tuan rumah tinggal lesap. tak kurang yg buat masalah dalam rumah, apa hujah tuan rumah boleh buat untuk halau penyewa macam nie??
bila ada perjanjian, ia satu kemudahan utk penyewa dan tuan rumah sebenarnya. jelaskan butir2 perjanjian, takdelah penyewa tiba2 je tuan rumah kata bulan depan makcik nak guna rumah ni, so bulan depan kosongkan rumah ni, tentu susahkan penyewa, tp kalau dlm perjanjian dh tulis, tuan rumah/penyewa kena bagi notis sebulan/2bulan sebelum pindah/di arahkan pindah bukankah memudahkan penyewa @ tuan rumah..
kenapa aku cakap pengalaman lama memberi penggajaran??? Ini kisahnya….2 tahun yang lepas suami membeli sebuah rumah kos sederhana di Taman Rengit Indah, Batu Pahat, dekat dengan kampung suami… katanya anak jati Johor berpeluang membeli rumah dengan harga yang istimewa…kunci rumah dapat semasa kami sibuk melangsungkan perkahwinan..kononya lepas kawen nak duduk rumah tu tapi atas sebab-sebab lain kami membuat keputusan tinggal di Shah Alam sahaja dan ingin menyewakan rumah tersebut. Setelah membuat iklan “rumah untuk disewa” kami mendapat penyewa pertama. Segala urusan sewa rumah diserahkan kepada kakak suamiku, memandangkan aku dan suami nun jauh di perantauan, tanpa memikirkan keburukan di masa hadapan janji mulut di buat antara penyewa tersebut…dengan sewa hanya RM250.00 sebulan berserta deposit sewa, air dan api sebanyak RM350.00, kata sepakat di persetujui…setelah penyerahan kunci masalah pertama telah timbul, penyewa memohon untuk menangguhkan dahulu deposit kerana kekurangan duit…kerana malas memikirkan untuk mencari penyewa lain, kami setuju sahaja dan terus percaya kepada penyewa akan membayar deposit pada bulan berikutnya…pada bulan-bulan berikutnya penyewa masih gagal membayar deposit rumah dan penyewa hanya membayar sewa bulanan sahaja…kami masih lagi membiarkan keadaaan ini memandangkan penyewa sering memberi alasan apabila di minta menjelaskan baki deposit…masalah berikutnya telah timbul bila mana penyewa tidak membayar sewa bulanan hampir 2 bulan termasuk deposit, ini menjadikan jumlah semakin meningkat…dalam keadaan seperti ini kami masih lagi baik hati dan membiarkan penyewa terus duduk di rumah tersebut kerana alasan-alasan yang di berikan penyewa membuatkan kami mungkin bertimbang rasa sedikit….bulan berikutnya penyewa masih gagal membayar sewa rumah dan menjadikan kepada 4 bulan tertunggak…kali ini aku dan suami tidak boleh duduk diam dan bertimbang rasa lagi, apa taknya macamana kami nak bayar ansuran bulanan dengan bank pulak..hari-hari aku call penyewa dan mintak jelaskan tunggakan-tunggakan tersebut tapi penyewa bagi alasan xde duit, belum gaji, bini sakit…itu jela alasannya.
Nak dipendekkan cerita pada pertengahan bulan puasa tu hari penyewa buat hal lagi, kali nie penyewa cabut lari tapi memandangkan jiran sebelah rumah tersebut kenal dengan kami, dia telah menelefon adik suamiku dan memaklumkan hal ini, maka aku terus menelefon penyewa tersebut dan bertanya hal itu kebetulan dia sedang mengangkat barang ke dalam lori untuk pindah lari, reaksi pertama penyewa sgt terkejut bila mengetahui yang kami telah tahu niat jahatnya tu, dia memohon maaf dan akan menjelaskan segala tunggakan sewa….entahla kenapa aku baik sgt membiarkan sahaja penyewa keluar dari rumah tersebut dan mempercayai yang dia akan membayar kembali semua tunggakan sewa…kebetulan kami mahu pulang ke kampung dan melihat rumah tersebut tp sgt2 mendukacitakan apabila melihat keadaan rumah tersebut…sampah sarap penuh satu rumah, kepala paip hilang, lampu rosak, pintu tidak di kunci, keadaan rumah seperti tempat pembuangan sampah sahaja, aku terus hilang sabar dan menelefon penyewa..aku maki hamun penyewa tu dan mintak dia bayar segala tunggakan sewa, kerosakan dan yang paling aku hilang sabar bila kami pergi ke tnb dan syarikat air, kami mendapati semua bil-bil air dan api tidak pernah dijelaskan penyewa selama dia menyewa rumah tersebut..aku mengugut penyewa supaya membayar semuanya dan akan membuat laporan polis, pada mulannya penyewa berasa takut dan berjanji membayar semuanya sedikit2 setiap bulan. Memandangkan kami tidak tahu di mana kediaman penyewa, aku hanya dapat berhubung dengan penyewa melalui telefon sahaja dan percaya jela dengan kata-katanya…dan untuk pengetahuan korang, sehingga kini penyewa tersebut gagal dihubungi dah semua tunggakkan terpaksa di tanggung oleh kami..bukan x boleh buat laporan polis tapi memandangkan kami tidak ada bukti kukuh untuk mendakwa penyewa tersebut..sebab tu surat perjanjian sangat-sangat penting dan ini adalah buktir kukuh untuk mendakwa sekirannya berlaku musibah seperti di atas..sekarang nak buat macamana sebab benda dah jadi, nak cari penyewa tupon tak taula dia sekeluarga lari kat mana…ermmmmmmm L
Sekarang rumah tersebut dah ada penyewa baru, kali ini adik suamiku mengenali penyewa tersebut tapi surat perjanjian tetap dibuat…harapan kami kali nie janganlah sejarah lama berulang kembali sebab dah tak lalu nak tanggung semuanya lagi…moga adanya surat perjanjian ini memudahkan tuan rumah dan penyewa di kemudian hari…kepada penyewa-penyewa semua buatlah rumah yang kita sewa tu macam rumah kita sendiri, jaga keadaan rumah baik-baik…kalau korang nak tau aku duk Shah Alam nie pon menyewa gak…hehehheheh tapi tuan rumah tu percaya kat kiteorang so xde pon surat perjanjian, yang paling penting tengok gakla penyewa tu macam mana kan, dan aku rasa Insyaallah aku akan menjaga rumah yang aku sewa nie sebaik mungkin…ramai orang pelik gak ngan kami yelah beli rumah tapi tak duduk pon…seperti yang aku cerita aku dan suami mencari rezeki di Bandar Shah Alam sudah bertahun-tahun so belum terfikir untuk berhijrah ke tempat lain lagi….aku pon dah appy untuk beli rumah kat shah alam nie, baru je booking rumah, tengah tunggu proses loan je lagi, harap2 lulusla dan aku pon xkan selamanya nak menyewa gak kan…mungkin kalau ada rezeki 2012 dapatla duduk rumah sendiri, rumah sendiri kat johor mungkin terus di sewakan kot….perancangan lain belum di fikirkan lagi buat masa nie…untuk korang-korang yang rasanya nak beli rumah kat Selangor nie baiklah buat sekarang sebab harga rumah kat Selangor makin lama makin naik, maklumlah tanah kat Selangor nie mahal sangat kot, lagi satu Selangor nie negeri yang pesat membangun tu pasalla rumah mahal-mahal, sewa pon mahal gak tau!
K lah dah penat membebel so stop sini dulu ye….nie cuma pendapat aku je, tak taula penilaian korang macamana…siapa yang terasa seperti ‘penyewa terlampau’ di atas…hehehehh sendiri mau ingatla wei….akhir kata RUMAHKU SYURGAKU