Tuesday, December 14, 2010

PENTINGKAH SURAT PERJANJIAN SEWA RUMAH???

Perlu ke ada surat perjanjian sewa rumah ?.. janji mulut aje udah laa... Sebagaimana kerbau di pegang pada tali.. manusia berpeganglah pada janji... Perlu wujud rasa percaya antara owner ngan penyewa.. janji mulut?? Boleh percaya ke?? Tak kena batang hidung bolehla cakap kan. Janji mulut tu juga mungkin menyebabkan lebih banyak masalah dikemudian hari. Bagi aku sebagai owner sangat-sangat penting adanya surat perjanjian sewa rumah sebab pengalaman lama memberi penggajaran dan penting juga kepada penyewa.

kalau dari sudut kita sebagai tuan rumah plk.. kalau menyewakan rmh kita pada org2 kita kenal it's ok... tp tak kenal blh kita letakkan 90% kepercayaan pada penyewa? tanpa aggrement, butir2 peribadi spt no i/c, alamat asal penyewa? bukan sikit kes penyewa lesap mcm tu jer, sewa tak bayar, rumah rosak, barang2 tuan rumah tinggal lesap. tak kurang yg buat masalah dalam rumah, apa hujah tuan rumah boleh buat untuk halau penyewa macam nie??

bila ada perjanjian, ia satu kemudahan utk penyewa dan tuan rumah sebenarnya. jelaskan butir2 perjanjian, takdelah penyewa tiba2 je tuan rumah kata bulan depan makcik nak guna rumah ni, so bulan depan kosongkan rumah ni, tentu susahkan penyewa, tp kalau dlm perjanjian dh tulis, tuan rumah/penyewa kena bagi notis sebulan/2bulan sebelum pindah/di arahkan pindah bukankah memudahkan penyewa @ tuan rumah..

kenapa aku cakap pengalaman lama memberi penggajaran??? Ini kisahnya….2 tahun yang lepas suami membeli sebuah rumah kos sederhana di Taman Rengit Indah, Batu Pahat, dekat dengan kampung suami… katanya anak jati Johor berpeluang membeli rumah dengan harga yang istimewa…kunci rumah dapat semasa kami sibuk melangsungkan perkahwinan..kononya lepas kawen nak duduk rumah tu tapi atas sebab-sebab lain kami membuat keputusan tinggal di Shah Alam sahaja dan ingin menyewakan rumah tersebut. Setelah membuat iklan “rumah untuk disewa” kami mendapat penyewa pertama. Segala urusan sewa rumah diserahkan kepada kakak suamiku, memandangkan aku dan suami nun jauh di perantauan, tanpa memikirkan keburukan di masa hadapan janji mulut di buat antara penyewa tersebut…dengan sewa hanya RM250.00 sebulan berserta deposit sewa, air dan api sebanyak RM350.00, kata sepakat di persetujui…setelah penyerahan kunci masalah pertama telah timbul, penyewa memohon untuk menangguhkan dahulu deposit kerana kekurangan duit…kerana malas memikirkan untuk mencari penyewa lain, kami setuju sahaja dan terus percaya kepada penyewa akan membayar deposit pada bulan berikutnya…pada bulan-bulan berikutnya penyewa masih gagal membayar deposit rumah dan penyewa hanya membayar sewa bulanan sahaja…kami masih lagi membiarkan keadaaan ini memandangkan penyewa sering memberi alasan apabila di minta menjelaskan baki deposit…masalah berikutnya telah timbul bila mana penyewa tidak membayar sewa bulanan hampir 2 bulan termasuk deposit, ini menjadikan jumlah semakin meningkat…dalam keadaan seperti ini kami masih lagi baik hati dan membiarkan penyewa terus duduk di rumah tersebut kerana alasan-alasan yang di berikan penyewa membuatkan kami mungkin bertimbang rasa sedikit….bulan berikutnya penyewa masih gagal membayar sewa rumah dan menjadikan kepada 4 bulan tertunggak…kali ini aku dan suami tidak boleh duduk diam dan bertimbang rasa lagi, apa taknya macamana kami nak bayar ansuran bulanan dengan bank pulak..hari-hari aku call penyewa dan mintak jelaskan tunggakan-tunggakan tersebut tapi penyewa bagi alasan xde duit, belum gaji, bini sakit…itu jela alasannya.

Nak dipendekkan cerita pada pertengahan bulan puasa tu hari penyewa buat hal lagi, kali nie penyewa cabut lari tapi memandangkan jiran sebelah rumah tersebut kenal dengan kami, dia telah menelefon adik suamiku dan memaklumkan hal ini, maka aku terus menelefon penyewa tersebut dan bertanya hal itu kebetulan dia sedang mengangkat barang ke dalam lori untuk pindah lari, reaksi pertama penyewa sgt terkejut bila mengetahui yang kami telah tahu niat jahatnya tu, dia memohon maaf dan akan menjelaskan segala tunggakan sewa….entahla kenapa aku baik sgt membiarkan sahaja penyewa keluar dari rumah tersebut dan mempercayai yang dia akan membayar kembali semua tunggakan sewa…kebetulan kami mahu pulang ke kampung dan melihat rumah tersebut tp sgt2 mendukacitakan apabila melihat keadaan rumah tersebut…sampah sarap penuh satu rumah, kepala paip hilang, lampu rosak, pintu tidak di kunci, keadaan rumah seperti tempat pembuangan sampah sahaja, aku terus hilang sabar dan menelefon penyewa..aku maki hamun penyewa tu dan mintak dia bayar segala tunggakan sewa, kerosakan dan yang paling aku hilang sabar bila kami pergi ke tnb dan syarikat air, kami mendapati semua bil-bil air dan api tidak pernah dijelaskan penyewa selama dia menyewa rumah tersebut..aku mengugut penyewa supaya membayar semuanya dan akan membuat laporan polis, pada mulannya penyewa berasa takut dan berjanji membayar semuanya sedikit2 setiap bulan. Memandangkan kami tidak tahu di mana kediaman penyewa, aku hanya dapat berhubung dengan penyewa melalui telefon sahaja dan percaya jela dengan kata-katanya…dan untuk pengetahuan korang, sehingga kini penyewa tersebut gagal dihubungi dah semua tunggakkan terpaksa di tanggung oleh kami..bukan x boleh buat laporan polis tapi memandangkan kami tidak ada bukti kukuh untuk mendakwa penyewa tersebut..sebab tu surat perjanjian sangat-sangat penting dan ini adalah buktir kukuh untuk mendakwa sekirannya berlaku musibah seperti di atas..sekarang nak buat macamana sebab benda dah jadi, nak cari penyewa tupon tak taula dia sekeluarga lari kat mana…ermmmmmmm L

Sekarang rumah tersebut dah ada penyewa baru, kali ini adik suamiku mengenali penyewa tersebut tapi surat perjanjian tetap dibuat…harapan kami kali nie janganlah sejarah lama berulang kembali sebab dah tak lalu nak tanggung semuanya lagi…moga adanya surat perjanjian ini memudahkan tuan rumah dan penyewa di kemudian hari…kepada penyewa-penyewa semua buatlah rumah yang kita sewa tu macam rumah kita sendiri, jaga keadaan rumah baik-baik…kalau korang nak tau aku duk Shah Alam nie pon menyewa gak…hehehheheh tapi tuan rumah tu percaya kat kiteorang so xde pon surat perjanjian, yang paling penting tengok gakla penyewa tu macam mana kan, dan aku rasa Insyaallah aku akan menjaga rumah yang aku sewa nie sebaik mungkin…ramai orang pelik gak ngan kami yelah beli rumah tapi tak duduk pon…seperti yang aku cerita aku dan suami mencari rezeki di Bandar Shah Alam sudah bertahun-tahun so belum terfikir untuk berhijrah ke tempat lain lagi….aku pon dah appy untuk beli rumah kat shah alam nie, baru je booking rumah, tengah tunggu proses loan je lagi, harap2 lulusla dan aku pon xkan selamanya nak menyewa gak kan…mungkin kalau ada rezeki 2012 dapatla duduk rumah sendiri, rumah sendiri kat johor mungkin terus di sewakan kot….perancangan lain belum di fikirkan lagi buat masa nie…untuk korang-korang yang rasanya nak beli rumah kat Selangor nie baiklah buat sekarang sebab harga rumah kat Selangor makin lama makin naik, maklumlah tanah kat Selangor nie mahal sangat kot, lagi satu Selangor nie negeri yang pesat membangun tu pasalla rumah mahal-mahal, sewa pon mahal gak tau!

K lah dah penat membebel so stop sini dulu ye….nie cuma pendapat aku je, tak taula penilaian korang macamana…siapa yang terasa seperti ‘penyewa terlampau’ di atas…hehehehh sendiri mau ingatla wei….akhir kata RUMAHKU SYURGAKU

No comments:

Post a Comment