Thursday, December 9, 2010

MENJELANG 2011 BERAKHIRNYA 2010

Wah! Awalnya aku membuat coretan tentang kisah tahun baru, sedikit rajin diketika ini…hehheheh….sila baca dengan tenang ye…2010 bakal berakhir beberapa hari lagi, maka sinar 2011 bakal menjelma…adakah sinar 2011 betul-betul bersinar????Apa yang menarik dengan 2010 ye??? Bagi aku banyak kenangan manis dan pahitnya…kesimpulannya 2010 tak berapa nak mengembirakan aku, semuanya suam-suam je…2010 adalah tahun yang kurang memberangsangkan dr segi apa??? Semestinya kewanganla…huh! Xde bonos..menci..hehheheh

Aku mulakan dengan kenangan pahit ye…tahun 2010 aku kehilangan 2 orang ahli keluarga aku…yang pertama pada 25.02.2010 pemergian anak saudara akibat kemalangan jalan raya pada usianya 15 tahun…ini adalah kematian pertama dalam keluarga aku dan seluruh keluarga berasa sangat-sangat terkejut dan sedih..mungkin ajalnya pergi dalam usia yang muda kan?? Yang kedua pada 16.09.2010 iaitu pada cuti umum 1 malaysia, abang ipar aku pergi kerahmatullah akibat serangan jantung. Ini lagila terkejut sebab secara tiba-tiba sahaja..sebab tu orang berkata ajal maut semuanya di tangan Tuhan kan. Menyingkap kembali kejadian tu memang membuatkan air mata kembali mengalir…ditambah pulak apabila melihat Aliya, anak bongsu arwah yang baru berusia 1 tahun lebih…dalam usia bergini apakah dia mengerti segala takdir yang terjadi…semoga kakak dan anak-anak saudaraku tabah mengharungi kehidupan..Al-Fatihah.

Tentang kerja pulak……sedikit mengecewakan! sudah 3 tahun aku mencari rezeki di compny ini tp 2010 sangat-sangat mengecewakan. Company bagai suam-suam aje, ada sedikit kegawatan dalam company…pasal gaji memang okayla, belom pernah bayar lambat atau gaji pekerja tak dibayar langsung Cuma tula lain-lain keistimewaan dah tak dapat…bonos jangan harapla nak dapat..huh! project compny pon tak banyak yang masuk, hanya cukup-cukup makan jela….para staff banyak yang dah resign, yela siapa yang tahan lagi duk sini tp aku masih setia di sini…hehehheheh (terpaksa setia kerja di sini k..hihihihihi) walaumacamana pon akan kuterus berkhidmat di sini selagi rezeki di tempat lagi belom di terima..Insyaallah….Berita terbaru yang aku dengar tentang compny nie, 5 bulan dari sekarang company akan move…move dimana??? Itu belom di putuskan lagi, dengar-dengar kat area Meru…Meru??? Mak aii jauh tu nak ulang alik…ermmmmm tunggu dan lihat jela.

Disebalik kepahitan ada juga kemanisannya, tahun nie aku disahkan mengandung dan usia kandungan aku sekarang sudah 14 minggu…Alhamdullilah rezeki anak yang aku nantikan selama ini…hehheheh tu pasalla aku tak boleh nak resign, faham kan??? Manala ada company lain yang nak ambil ibu mengandung nie bekerja kan…tp kalau ada aku pon nak cabut dari company sekarang…hihiihiihi…semoga ada la rezeki anak aku nie bila dilahirkan…Insyaallah, akan ku sentiasa berdoa dan terus berdoa…amin.

Errrmmmmm…apa lagi ye yang aku nak gambarkan tentang 2010???? Mungkin kisah-kisah di atas jela yang aku boleh kongsi bersama…banyak je lagi kenangan-kenangan pahit & manis seperti percutian, perkahwinan kawan-kawan, tp itu je yang rajin aku tulis, kalau banyak-banyak kang tak cukup 1 hari nie….huhuhuuhuhu…kla tu jela kot yang sempat aku tulis kalau aku rajin tunggu di episod akan datang…hahahhahahh

SEMOGA KEHADIRAN 2011 NIE MEMBAWA SINAR KEGEMBIRAAN & KEBAHAGIAN DALAM HIDUP KITA…SAMA-SAMALA KITA BERDOA DAN BERAZAM YE…AMINN


No comments:

Post a Comment